Saturday, 3 August 2013

To All Readers.. :))





MESEJ PENTING1) Kepada para ibu bapa, jika anak perempuan anda pulang ke rumah memberitahu hasrat untuk berpurdah, melompatlah kegembiraan sambil memuji Allah berbelas-belas kali. Di Malaysia ada ratus-ratus ribu gadis yang tidak mahu pun bertudung, berpurdah apatah lagi. Maka jika anak anda mahu berpurdah, dia adalah 1 dalam 1000. Teramatlah susah untuk menemui wanita yang Allah bukakan hatinya kepada purdah
2) Kepada pihak-pihak universiti, saya merayu anda mengkaji semula polisi masing-masing. Fitnah apa kah yang purdah akan bawa jika Universiti anda membenarkan purdah. Kenapa anda boleh benarkan pelajar Free Hair tapi anda haramkan purdah, keadaan ini adalah sesuatu yang amat pelik bagi sebuah negara Islam
4) Kepada institusi-institusi pendidikan (tadika, sekolah, universiti) sudah tiba masanya masyarakat diberi informasi SEBENAR tentang Purdah. Mengapakah selama ini informasi itu disorokkan? Informasi itu tidak DISEBUT pun di dalam syllabus-syllabus pengajian dan juga tidak disebut di dalam media massa (TV, suratkhabar, radio)
5)Kepada saudara-mara, ahli keluarga dan kawan-kawan yang pernah mengutuk dan menyindir saudara anda yang berpurdah, anda ketepikan dia anda tohmah dia sehingga dia menangis keseorangan, anda buatlah solat taubat sesegera mungkin. Di Malaysia hanya 1 dalam 1000 yang mampu membuat perintah purdah ini, dan anda berseronok menghina dirinya. Anda nak jawab apa depan Allah nanti? Nauzubillaiminzalik.
3) Kepada pihak-pihak majikan yang pernah mengeluarkan arahan supaya tidak berpurdah di pejabat, anda sepatutnya reverse balik arahan itu jika anda takut kepada Allah ta'ala. Sepatutnya yang anda haramkan adalah kewujudan pekerja wanita yang Free Hair bukan pekerja yang mahu menutup aurat mengikut dalil-dalil agama.

No comments: