Sunday 11 January 2015

pengalaman cuti sekolah

assalamualaikum n hai hai hai... hehe
2014 dah tutup buku but khalilah nk bercerita jugak apa yang khalilah buat sepanjang cuti sekolh tahun lps.. n_n . okeyh, hehe seingat khalilah bulan febuari thun lepas last khalilah "berceloteh"kan... hermm.. okeyh biarkan.

 heee.. mula cuti sekolah 2014, yela SPM dah selesai .. time sebelum cuti, perancangan untuk hadapi cuti panjang banyak sangat tp tau tak dalam banyak banyak yang dirancang satu jer yang betul betul menjadi.. haha but memang mencabar la. nak tau apa dia?? .......SUKARELAWAN.... yup! khalilah join sukarelawan di bawah MeSRA

 ceritanya macam ni ,. kiteorg (me and my sister) baru tahu pagi tu yang kiteorg boleh bertugas hri tu. kalut la, sb baju tak simpan. bnda satu pun tak simpan.. nasib baik la abah tak angin hari tu .. alhamdulillah semuanya berjalan lancar .. :D . kiteorg cadang boleh pergi tiga hri je sb hari khamis tu umah mak sdara ad buat makan makan. tp keadaan menjadi lain. kiteorg terpaksa stay sana 6hari without air, eletrik, n makann yang cukup. bukan tak de kenderaan tapi kiteorg di kepung air.. yela tahun 2014kan banjir besar dan dahsyat sngt2.

  di sana khalilah jumpa kawan baru dan kawan lama n kawan sekolah dulu yang telah pindah ke sekolah lain.. namanya Mia dan Harraz . suka sngt, tak sangka balik dari progrm tu kiteorg jdi rapat sngt3... hehe. a;hamdulillah... di sana jugak khalilah sempat berukhwah dengan kak aliya.. kak yang sangat baik, comel dn, solehah lagi.. cayam kak liya.. <3 juga --->   (nor,muni,a.bushra,kak mie,kak lala)

  disana juga khalilah ad kenal dengan adik aidil, amirul dan muhaimin, budak yang sangat baik. mudah mintk tolong, yang diorg rajin sekali , adalah tolong belikan makann,, hahahahaha.. 
nk tau , disana tak mandi tu perkara biasa.. dah nk wak cmne .. air takde, eletrik takde. makann pun alhamdulillh baru sampai dgn heli. kesihan sangat.. 
   
alhamdulillah ,melalui progrm tu khalilah dapat belajar banyak benda.. erti ukhwah, susah senang, ye... kerjasama tu penting. team yang sangat hebatt.. sayang kamu semua.. ha, nak tau pasal adik aidil tak, mmg owesome la budak ni. dia buka kelab silat n kelab memanh dekat umah dia.. cikgu silat rupnya budak ni. baruku tahu.. sama jugak dgn adik amirul, cool.. haha.. muhaimin ni budak hafiz.. 28juzu' da dlm kepala insyaAllah.. hehe... saja nak promot.. peace.. 
okeyh sambung.. then, balik tu khalilah rest dekat umah 4days lps tu kiteorg sambung lgi. cume ni part bersih membersih la sikit. pembetulan bukan sikit tpi banyak..heeee... selut ? tak payah cerita... hwa...   yang tu thun ni 2-4jan 2015.. lepas tu kiteorg stop dlu sebab skolah dah nk mula.. hehe.  nak cerita lagi actually but tangan ni rasa malas la pulak.. 
tapi apa apa pun cuti tahun ni paling cun penglamnnyr.. :D saya suka ,saya suka... nk share gambar tp gambar dalam phone, malas nak msukkn . hmmm
okeyh la.. stkat ni dulu ye.babai. assalamualaikum.. + selawat keatas nabi . allahuma solli ala sayyidina Muhammad.

p/s: musibah Allah datang sebagai penghapus kepada dosa yang telah kita lakukan. kerana dosa itu terlalu banyak dan kita tidak melakukan sesuatu perkara dan tidak memohon ampun kepada Allah. maka DIA datangkan itu sebagai penghapus bgi dosa2 kita... sedarlah sebelum terlambat.. jangn selesa dengan perkara yang mengundang murka Allah.. wa nauzubillahi minzalik.. 
'ya Allah, selamatkan Malaysia dan hadirkanlah kepada kami pemimpin yang memahami apa itu Islam' ameen


Wednesday 5 February 2014

happy,happy , happy + sedih..

assalamualaikum kids!! hehe..ala marah dah ke, okey la okey la. skali lagi ok.. Assalamualaikum kakak-kakak yang comel cantik + solehah.... heee
  lamakan kita tak 'cuit-cuit'hehe . tu la,khalilah busy sangat skg.. ni pun curi2 jer ni. kalau tak memey x_x terus la blog ni.  hah! tak de la mati but, xley nak on la.. examkan thun ni.. ''SPM'' sweetkan.. Ha! actully kte ada dua Sijil ''SPM''. satu sijil di dunia n satu lagi di akhirat.. yang dkt dunia takut jugak. tapi, kalau SPM akhirat lagi dasyat!!  kalau bijak beraml n ikut apa Allah perintah PASS la.. kalau tak............... Nauzubillah!!
  okey itu tazkirah untuk kita semua yela, exam dunia nak A++++ tapi kalau bab akhirat macam tak pasti jerr.. YA ALLAH, astaghfirullah hal azim!!  ingat sahabat-sahabat, kakak-kakak cun, adik-adik comel, abang-abang kacak, makcik-makcik n pakcik-pakcik yang sihat lagi hebat, kita ni selma mna pun hidup akan mati jua, so ingat-ingat la yee , tempat abadi kita not in this world but, akhirat.. penentu syurga or sebaliknya...

    Ha! pasal result SMU yang cun lagi TERBAIKKK! tu amacam ek.. hmm, nak tau ker.. hehe, Alhamdulillah!!! khalilah dapat 9Mumtaz..tp 1 tercicir, x yah tanye . kalau nak tu,( tak nak tu pun tk pe, )tapi kalau dah baca tu memang compem la taukan... hehe.. sahabat.... mcm ni , khlilah ni  sebenrnya paling [bijak, hebat, cemerlang]la dalam BI. tu yang hilang 1mumtaz tu.. jgan tanye 'why' .. hmm

okey ni bab happy + sedih.. nak tau kenapa...
mcam ni, this week khalilah nak start tusyien tapi ada kem, tpi khalilah xsey gi.. tpi keno gi jugak.sb wjibb!! huhu (mood sedih) huhuhuhuhuhuhuhu... baru jah nak happy banyk  gappy sebab nak start tusyein tapi kena gi kem pulok doh.. huhu..  4minggu berturut-turut doh kem, + tamrin.. ALLAH, cabaran apakah ini.. kijo skolah bertambun, huhu, gano ni kak weiii.. tapi biar la, maybe Allah nak bagi pengalaman dkt khalilah, spya mudah nak bawak diri ke alam 'dewasa' nanti..huhu..tajdid niat molek khalilah..
okey la pembaca yng cantik, solehah blake.. hehe , khalilah nk stop sini la dlu.. ni dah lepas dah rindu dekat blog, hmm, sebut rindu ni, ingt kekasih hati kita semua.. RASULALLAH.. jom selawat sama-sama.. Allahumma solliala sayyidina Muhammad...  okey la, assalamualaikum.

p/s; cinta kita ni, harus berlandaskan syariat islam.. jangan lupa jugak, tajdid niat dalam setiap aktiviti kita,  ikhlas kerna Allah, baru jadi ibdah kalau tak, nothing... (untuk diri yang dhaif)

Thursday 26 December 2013

ting tong, sms!!!

Assalamualaikum.. lama tak bercerita.. hehe.. boringkan? hehe.. tk pe la. sikit jer. act, tak ada la ''cerita' sngt . cuma borak kosong jer.. hhmmm, result smu ahd ni doh nak tubik. kenaling? tak soh oyak la.. hehe.hop tak tahannyoh maddah hop paling mudoh hop nalim skli.. huhu. nak wak gane. careless sngt. MUDOH, MUDOH.. amik mg!

lesen muto pun satu hal, hadoi la.. tak se amik , susah nak gerok.. kalu la form 4 ni boleh amik lesen keto key seney.. hmmm, takut pun ado.. tak takot ganenyr, cikgu laki, rama budok laki.. hmm, nak cabut lutut sero.. mujo la Allah wak tak cabut anggota badan ni, kalu la cabut hmm, tak leh nak wak apo la.. budak puang pun so hal, tahu la comey pade ambo jaga gak sikit aurat tu ..baju tu............... ish5.. siye ore laki.. tak sero takut ko eh?? loni memey ''tak takut'' akhirt seksok, selok tak jawab la.. adik-adik, kakak kakak, makcik makcik.. i know you better than me, tapi please jaga la maruah kita.. ISLAM letok MARUAH ORANG PEREMPUAN TINGGI,jangan kita RELA HATI merendahkannya.!!! ingat tu. heshhh, ceramah ker ni.. eh, ni bukan ceramah tapi tazkirah. peringatn untuk kita..

esok bengkel, 3JAM pulok tu! berasap doh laaa.. T_T ''pika, cheq tunggu hang 8 JAM, esok turn hang
pulok yang kena tunggu cheq!''

tak pe la, nak lawat bilik kejap, nak pantau adik-adik.. duk wak menda la tu. tok leh kiro sangat budak-budak tu..hehe, k, bye.. jumpa lagi yaaaa... Assalamualaikum.. ;)

p/s; saya ni tak reti sangat nak nulih, nulih ni.. hmm, so bace je la deh.. hehe maaf ler. blog tak cun macam anda punyeee..

Saturday 3 August 2013

kenapa dengan masyarakat hri ini??




        assalamualaikum.. Alhamdulillah masih hidup lagi samapi sekarang pasni belum tentukan?? sebenarnya saya tertanya2 kenapa kebanyakan masyarakt hari ini sering memandang hina kepada kami(niqabis)? sebenarnya sebahgian ulamak syafi'e berpendapat bahawa berpurdah itu wajib bagi wanita dewasa (baligh). ada jugak ulamak yang menyatakan bahawa memakai purdah adalah sunat. kalau taknk pakai tak apa tapi kalau pakai dapat pahala sunat..Apa yang pasti, Purdah punya hukum bukan----> >Haram >Makruh >Lagha >Jahat >Sesat >Fanatik >Extreme >Jahil -------> sahabat saya ramai yang nak pakai tapi ibu mereka tak bgi, kesian dkt mereka.. persoalannya kenapa taknak bgi mereka pakai? sebab apa?
sebab nak mereka kelihatan cantik bila keluar rumah??
yela apa yng cantik bila semuanya tertutup? takada punkan.. ibu-ibu semua, cubalah faham cantik kita sebenarnya hanya untuk suami dan mahram sahaja bukan untuk tatapan ajnabi.. kalau zaman Rasulullah dhulu para sahbat malu jika melihat wanita, tapi itu dulu.. sekarang para lelaki islam khasnya sudh hilng fahamanya dlam menjaga ikhtilat.. mereka berani menegur kaum wanita tanpa sebab.. jadi wajiblah bagi kaum wnita untuk berpurdah bgi mengelkkn fitnh ini. ibuibu sepatutnya memberi glakan dn dorongan kepada anak perempuan supaya berpurdah kalau pun tk boleh terima bahawa purdah itu wajib tapi terimalah perdapat kedua iaitu sunat. setidaknya katakanlh
ibu tak rasa berpurdah itu wajib tapi ika pakailah nanti dapat pahala sunat
ibu rasa ibu tak mampu nak pakai tapi kalau ika rasa mampu pakailah.
---- SUSAH KE nak support anak anak dalam buat perkara yang disukai agama?? isteri nabi pun pakai niqab.
yel sebab dekt sana berpasir, mestila kena tutup..
.ini lah jawapan yang selalunya diberikan..tapi persoalan sekarang kenapa taknk bagi anak2 pakai?? then satu lagi, jangan cakap apa yang kita tak tahu.. jika nak perkara yang betul rujuk kpd yang lebih arif dulu.. TAK TAKUT ALLAH KE CAKAP PERKARA YANG KITA TAK TAHU???

To All Readers.. :))





MESEJ PENTING1) Kepada para ibu bapa, jika anak perempuan anda pulang ke rumah memberitahu hasrat untuk berpurdah, melompatlah kegembiraan sambil memuji Allah berbelas-belas kali. Di Malaysia ada ratus-ratus ribu gadis yang tidak mahu pun bertudung, berpurdah apatah lagi. Maka jika anak anda mahu berpurdah, dia adalah 1 dalam 1000. Teramatlah susah untuk menemui wanita yang Allah bukakan hatinya kepada purdah
2) Kepada pihak-pihak universiti, saya merayu anda mengkaji semula polisi masing-masing. Fitnah apa kah yang purdah akan bawa jika Universiti anda membenarkan purdah. Kenapa anda boleh benarkan pelajar Free Hair tapi anda haramkan purdah, keadaan ini adalah sesuatu yang amat pelik bagi sebuah negara Islam
4) Kepada institusi-institusi pendidikan (tadika, sekolah, universiti) sudah tiba masanya masyarakat diberi informasi SEBENAR tentang Purdah. Mengapakah selama ini informasi itu disorokkan? Informasi itu tidak DISEBUT pun di dalam syllabus-syllabus pengajian dan juga tidak disebut di dalam media massa (TV, suratkhabar, radio)
5)Kepada saudara-mara, ahli keluarga dan kawan-kawan yang pernah mengutuk dan menyindir saudara anda yang berpurdah, anda ketepikan dia anda tohmah dia sehingga dia menangis keseorangan, anda buatlah solat taubat sesegera mungkin. Di Malaysia hanya 1 dalam 1000 yang mampu membuat perintah purdah ini, dan anda berseronok menghina dirinya. Anda nak jawab apa depan Allah nanti? Nauzubillaiminzalik.
3) Kepada pihak-pihak majikan yang pernah mengeluarkan arahan supaya tidak berpurdah di pejabat, anda sepatutnya reverse balik arahan itu jika anda takut kepada Allah ta'ala. Sepatutnya yang anda haramkan adalah kewujudan pekerja wanita yang Free Hair bukan pekerja yang mahu menutup aurat mengikut dalil-dalil agama.