Tuesday, 2 April 2013

BERCERITA :D






Assalamualaikum.. cuti seminggu sudah pun berlalu dan skg dah start skolah balik. ni nak citer apa yang saya buat time cuti.. hehe.. mula2 cuti iaitu pada 23 hari bulan. pada hari tu rumah ibu saudara saya ada buat makan2 sb anak dia kawin. sepupu saya la kiranya. :) then, pada 25 hari bulan tu saya ada pergi program TEAM HIJRAH KELANTAN yang diadakan di masjid dkt kubang kerian. BEST sangat! lepas balik dari program tu saya dengan beberapa keluarga yang lain ada join 'FAMILY DAY' dkt ... ermm.. lupa la pulak nama apa tempat tu. huhu. biar la kan? disana , masa kiteorang sampai, saya tengk adik2 saya dengan sepupu2 sy lain sedang mandi. WAHHH! BEST la diaorang dapat mandi. saya pun nak mandi jugak! tapi tak bawak baju..huhu sedih.:'( malam tu best tau, ada buat permainan boling dengan botol + bola. juara permainan tu di rebut oleh adik saya. AQIF. haha. lepas tu ada buat cabutan bertuah. adik saya jer yang selalu dapat saya? huhu.. kosong, kosong... tak apa la, tak ada rezeki.. malas la nak citer panjang2 . kita drop jer la bab ni okey? kita terus dengan cerita lain pulak. ni masa 28 hari bulan. pagi tu, saya kena pergi rumah kak.yana sebab abang dia nak kawin. pergi pagi tu bukannya apa sajer nak tolong2 mereka buat kerja.. :D petang tu saya dan kawan saya mira ada join program NIQAB GIRL ZON TIMUR. tapi, kami tak join sampai habis progrm tu sabab esknya saya ada program lain.. sedih3..:( salah satu perkara yang saya sempat lalui ialah pergi rumah kebajikan. suka + sedih + terharu.. semua ada.. suka tu sebab dapat pergi dan kenal rumah kebajikan. sedih tu sebab tengok makcik2 tua yang telah uzur di buang oleh anak2 mereka.. Nauzubilllah.. kamu jangan buat macam tu ek? tak baik.. dosa besar tu. terharu tu sebab ada jugak orang yang nak bantu makcik2 ni.. saya ada jugak menagis ketika dengar cerita2 mereka. sedih sangat.. yang saya tak sangka sangat2 ialah ada jugak makcik dari kampung saya.. time dia tanya saya tinggal dekat mana dan saya jawab lalu dia menangis. dia ada pasan dekat saya bahawa kalau ada jumpa anak dia bagi tahu yang dia nak balik.. ya ALLAH . sedih sangat. ni ada la sedikit gambar yang boleh di jadikan kenangan ketika saya dan sahabat yang lain b'ada di sana.. saya sayang kamu semua kerana ALLAH!

No comments: